Monday, March 17, 2008

موضوع السيرة في الفصل المناقشات : غزوة المؤتة

Jamadil awal pernah memahatkan peristiwa bersejarah yang mana menyaksikan berlakunya peperangan Mu'tah di Mu'tah yang terletak berhampiran dengan Kota Karak,Jordan .Perang Mu'tah dalam bahasa arab : (معركة مؤتة , غزوة مؤتة‎) berlaku pada sekitar tahun 629M dengan tentera islam seramai 3,000 orang untuk menghadapi tentera Rom seramai 200,000 orang tentera.Tujuan baginda menghantar tentera Islam kerana sebagai tindak balas atas pembunuhan seorang utusan baginda ke wilayah kerajaan Ghassan ketika baginda ingin menyebarkan Islam ke wilayah jajahan Rom.Ketika ini, baginda melantik tiga orang panglima Islam iaitu Zaid ibn Harith dilantik sebagai ketua panglima, Ja'afar ibn Abi Talib sebagai ketua panglima sekiranya Zaid terkorban dan Abdullah ibn Rawahah sebagai pengganti Ja'afar sekiranya Ja'afar terkorban. Pertempuran ini berlaku di Karak di mana pada hari ini terletak di dalam negara Jordan .
Di dalam peperangan ini, ketiga-tiga ketua panglima yang dilantik oleh Nabi terkorban. Apabila kesemua panglima terkorban, Thabit ibn arqam mengendalikan tentera Islam buat seketika, namun beliau tidak berkehendak untuk memimpin tentera Islam ketika itu.Setelah beberapa ketika, Thabit mencadangkan Khalid ibn Al-Walid dilantik sebagai ketua panglima tentera Islam. Perlantikan ini dipersetujui oleh kesemua tentera Islam. Selepas perlantikannya, Khalid bertindak dengan menyelamatkan tentera Islam daripada terbunuh.Dengan strategi pertukaran yang dibuat dan susunan tentera secara memanjang ke belakang beserta taktik untuk melakukan keriuhan di barisan belakang, taktik ini berjaya mengelirukan barisan hadapan tentera Byzantine. Hasilnya. Khalid berjaya mengundurkan tentera Islam sedikit demi sedikit tanpa dikejar oleh tentera musuh.Selepas ini, Khalid bertindak cemerlang dalam memimpin tentera Islam dalam usaha untuk menyebarkan Islam di Parsi dan di dalam siri Peperangan Islam dan Rom-Byzantine.Sekiranya kalau kita lihat kesan peperangan ini,kesannya masih ada hingga sekarang yang mana kita boleh melawat maqam-maqam sahabat yang telah gugur syahid dalam peperangan ini di Mazar berdekatan dengan Mu'tah. Beberapa tahun yang lepas pihak kerajaan Jordan telah menggali kawasan yang mana kawasan itu dikuburkan para syuhada' bagi membina masjid baru menggantikan masjid yang lama. Ketika kerja-kerja dijalankan, tiba-tiba berlaku peristiwa yang mana salah satu jentolak terkena tubuh syuhada' dan darah masih mengalir ditubuh mereka walaupun lebih seratus tahun mereka dikebumikan.
Peristiwa ini telah menyakinkan kita bahawa mereka yang gugur syahid sebenarnya tidak mati di sisi Allah begitu juga Islam, Islam akan menang walaupun ia ditentang dan kekufuran akan kecundang walaupun ia di tatang oleh sebab kejahilan. Wslm.....

Monday, March 3, 2008

Keajaiban 19 Dalam Al-quran.

Al-Quran, kitab yg diperturunkan kpd junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W merupakan keajaiban Allah S.W.T yg terbesar dan terpenting utk umat Islam. Walau kurun berganti kurun, zaman berganti zaman Al-Quran masih sesuai digunakan sbg panduan dan rujukan utk kehidupan semasa kerana isi kandunganya yg begitu lengkap merangkumi plbg bidang seperti sosial, ekonomi, undang-undang, sejarah dan sains. Yang lebih mengagumkan ialah pd tahun 1974 satu kod matematik telah dijumpai tersirat di antara ayat-ayat sucinya.
PENEMUAN DR. RASHID KHALIFA.
Dr. Rashid Khalifa (1935-1990), lahir di Egypt dan merupakan seorang doktor dgn Phd dlm bidang kimia. Bapanya seorang pemimpin dari sebuah kumpulan sufi yg mempunyai ribuan pengikut. Dgn mengunakan teknologi komputer, Dr. Rashid tlh memasukan isi kandungan Al-Quran ke dalam komputer untuk mencari makna atau kemungkinan yg tersirat di belakang ayat-ayat Al-Quran ini. Hasilnya pd tahun1974 dia telah menjumpai satu corak matematik yg seolah-olah mengawal dan melindungi kesahihan ayat-ayat Al-Quran dgn nombor-nombor yg berkitar pd nombor 19.
FAKTA RINGKAS KOD YG DITEMUI
Penemuan Dr. Rashid merangkumi dari fakta kod yg paling nyata dan ringkas hinggalah kpd yg lebih kompleks. Antaranya yg ringkas ialah: 1. Ayat pertama (1:1), 'Bismillah', terdiri drp 19 perkataan. 2. Jumlah surah dlm Al-Quran ialah 114 = 19 x 6 . 3. Jumlah ayat dlm Al-Quran ialah 6346 = 19 x 334.(6234 ayat bernombor & 112 ayat tidak (Bismillah) 6234+112= 6346) Perhatikan bahawa 6+3+4+6=19. 4. Bismillah muncul 114 kali, walaupun hilang dari surah 9 (ia muncul semula sebanyak 2 kali dlm surah 27).114=19x6 5. Dari Bismillah yg hilang pd surah 9 hingga ke bismillah ekstra pada surah 27, dgn tepatnya terdapat….19 surah. 6. Surah 96, pertama dlm susunan kronologi terdiri drp 19 ayat. 7. Surah terakhir (surah 110) terdiri drp 19 perkataan. 8. Perkataan Allah yg muncul dlm Al-Quran ialah 2698=19x142. 9. Jumlah perkataan Quran yg disebut ialah 57=19x3. 10. Ayat pertama dlm surah terakhir itu terdiri dari 19 huruf. 11. Jumlah perkataan Esa yg muncul dlm Al-Quran juga 19.
KENAPA 19?
Sebenarnya beberapa kitab asal lain yg diturunkan Allah S.W.T kpd umatnya juga didapati telah dikodkan dgn huruf 19. Kejadian alam juga turut menunjukkan nombor ini Antaranya matahari,bulan dan bumi berada selari setiap 19 thn, komet Halley melalui sistem solar kita setiap 76 thn=19x4, secara tepat tempoh mengandung ialah 266(19x14) hari atau 38 minggu (19x2). Nombor 19 seolah-olah tanda tangan Allah terhadap ciptaannya. 19 mempunyai nilai matematik yg unik kerana ia adalah no. ganjil dan merupakan gabungan no. pertama(1)dan terakhir (9) yg seolah-olah mengiakan firman Allah s.w.t dlm surah 57 ayat 3 yg bermaksud "Dialah Yang Awal dan Yang Akhir…". Penemuan kod ini pd Jan,1974(1393 thn Hijrah) bermakna bilangan tahun Islam dari turunnya (13 thn sblm hijrah) hingga ke penemuan keajaiban matematik ini (1974)bersamaan dgn 1393+13=1406 thn. Perhatikan juga 1406=19x74. No.19 juga hanya disebut di dlm Quran dlm surah 74. Hubung kait antara 19x74 thn Islam dan 1974 thn solar juga tidak harus diendahkan terutamanya bila no.19 hanya disebut dlm surah 74! Tentunya tidak mungkin ini semua satu kebetulan….. sesungguhnya Allah itu Maha Besar lagi Maha Berkuasa. Wallahualam………