Jamadil awal pernah memahatkan peristiwa bersejarah yang mana menyaksikan berlakunya peperangan Mu'tah di Mu'tah yang terletak berhampiran dengan Kota Karak,Jordan .Perang Mu'tah dalam bahasa arab : (معركة مؤتة , غزوة مؤتة) berlaku pada sekitar tahun 629M dengan tentera islam seramai 3,000 orang untuk menghadapi tentera Rom seramai 200,000 orang tentera.Tujuan baginda menghantar tentera Islam kerana sebagai tindak balas atas pembunuhan seorang utusan baginda ke wilayah kerajaan Ghassan ketika baginda ingin menyebarkan Islam ke wilayah jajahan Rom.Ketika ini, baginda melantik tiga orang panglima Islam iaitu Zaid ibn Harith dilantik sebagai ketua panglima, Ja'afar ibn Abi Talib sebagai ketua panglima sekiranya Zaid terkorban dan Abdullah ibn Rawahah sebagai pengganti Ja'afar sekiranya Ja'afar terkorban. Pertempuran ini berlaku di Karak di mana pada hari ini terletak di dalam negara Jordan .
Di dalam peperangan ini, ketiga-tiga ketua panglima yang dilantik oleh Nabi terkorban. Apabila kesemua panglima terkorban, Thabit ibn arqam mengendalikan tentera Islam buat seketika, namun beliau tidak berkehendak untuk memimpin tentera Islam ketika itu.Setelah beberapa ketika, Thabit mencadangkan Khalid ibn Al-Walid dilantik sebagai ketua panglima tentera Islam. Perlantikan ini dipersetujui oleh kesemua tentera Islam. Selepas perlantikannya, Khalid bertindak dengan menyelamatkan tentera Islam daripada terbunuh.Dengan strategi pertukaran yang dibuat dan susunan tentera secara memanjang ke belakang beserta taktik untuk melakukan keriuhan di barisan belakang, taktik ini berjaya mengelirukan barisan hadapan tentera Byzantine. Hasilnya. Khalid berjaya mengundurkan tentera Islam sedikit demi sedikit tanpa dikejar oleh tentera musuh.Selepas ini, Khalid bertindak cemerlang dalam memimpin tentera Islam dalam usaha untuk menyebarkan Islam di Parsi dan di dalam siri Peperangan Islam dan Rom-Byzantine.Sekiranya kalau kita lihat kesan peperangan ini,kesannya masih ada hingga sekarang yang mana kita boleh melawat maqam-maqam sahabat yang telah gugur syahid dalam peperangan ini di Mazar berdekatan dengan Mu'tah. Beberapa tahun yang lepas pihak kerajaan Jordan telah menggali kawasan yang mana kawasan itu dikuburkan para syuhada' bagi membina masjid baru menggantikan masjid yang lama. Ketika kerja-kerja dijalankan, tiba-tiba berlaku peristiwa yang mana salah satu jentolak terkena tubuh syuhada' dan darah masih mengalir ditubuh mereka walaupun lebih seratus tahun mereka dikebumikan.
Peristiwa ini telah menyakinkan kita bahawa mereka yang gugur syahid sebenarnya tidak mati di sisi Allah begitu juga Islam, Islam akan menang walaupun ia ditentang dan kekufuran akan kecundang walaupun ia di tatang oleh sebab kejahilan. Wslm.....
13 comments:
salam....tajuk kite same.lpas aku bacer citer ni, aku seronok sangat sampai dua tiga kali bacer..harap ader citer2 lain yer....salam
salam asyik sama je blog korang....pakat ke???orang kata sepakat membawa berkat,,so,,tahniah k.
aku dah taip tapi ilang..
xper aku taip lagi
citer ko best dan detail..
i like it...
TQ to all blogger
polis bohong!!!!
salam..best la article awak..ape2 pun goodluck ye..
salam....bagusla kisah nie....masukkan ler citer yg best2 ckit,yg penting beri pengajaran k....tahniah atas penciptaan blog anta....good luck.
Salam...
syabas ya akhii..Well Done n good story!!!khidupan masih pnjang n truskan perjuangan anta dlam memartabatkan Islam d mata dunia ISYAALLAH!!!!
salam,lawa blog mu ni.tp komen la blog aku jgak
confius la cite ni...tapi skang dah paham:) tq. tak sia-sia bukak blob awak
salam..good story,banyak membantu saya dalam memahaminyer..
salam...teruskan perjuangan anda spy kte smua dpt tmbh ilmu pengetahuan tentang sirah rasul nie...good luck!!!
teruskan dakwah anta..mg ia memberi manfaat kepada orang ramai walaupun seayat..."khabarkan kepadaku walau seayat"
k gud luq final
nicework,nicejob,nicestory...
keep trying da best ya..
n mehla kte sma2 amik pengajaran dari kisah ni ek..
smoga ia mberi manfaat kpd kite sume:D
bittaufiq wannajah..
chaiyoo!!
p/s: jgn lupa komen blog sy tau:D..
salam... blog awk cantik.
Post a Comment